.: mr & mrs nizam :.

.: mr & mrs nizam :.

anniversary

Daisypath Anniversary tickers

awish age

Lilypie Premature Baby tickers

irdina age

Lilypie Premature Baby tickers

Saturday, December 25, 2010

.: outing with family :.

mencari ilham untuk menulis blog di saat en.suami dan little bam bam sleep..weee...one week aku on leave..jejalan time wit my family..fuhhh even tired but we happy :)..seronok sangat lepak2..tak yah fikir nanak wat keje dah..pastu masuk balik opis, nah ko amik la sure keje menimbun punya..kuang kuang kuang..act nanak post gambar2 time jejalan..tapi lum sempat nak transfer dalam my lappy lak..malas tahap cipan nanak upload gambar..yang duk nampak nanak kemas rumah, almaklum la dah tinggal seminggu, ngan baju2 nak kena basuh la kena kemas la..aduiii penat penat..nasib baik esok baru ahad..kalu isnin sure "cc, saya mc ari nie, kurang sihat"..keh keh keh..(kadang2 nanak tergelak pun ada ayat2 yang aku tulis ni..cam kebudak-budakkan pun ada..kanak2 riang telah la..eeee..kenapa la aku tak jadi mcm blogger Hanis Zalikha..dah la cute miut, pandai menulis pula tu..aku ni sekadar menulis apa yang terlintas di minda je ngan apa yang aku duk cakap seharian aku..ni lah aku. :)

** No Body Knows It But Me **
-
-
-
-
-
-
-



Wednesday, December 15, 2010

.: Entry Pendek :.

fuhhhh dah berhabuk rupanya blog aku nie..lama sungguh tak update blog nie..tak tahu nanak post ada dah otak pun dah jadi kotak -_-..so entry pendek je kali nie..tu pun ternampak ayat nie dekat kad jemputan kawen member.nice sangat ayat nie.even pendek amat bermakna ;

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan penuh cinta kasih) maka Allah S.W.T akan menatap mereka dengan kasih mesra. Dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran dicelah-celah jari tangan mereka.
(Riwayat Maisarah bin Ali dr S.A.W Al Hudri)

Monday, December 13, 2010

.: Betapa Untungnya Perempuan :.

Mulianya seorang isteri disisi ALLAH..Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan...jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembanhyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita.Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah...ganjaran Allah ke atasnya juga...

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Di dunia lagi, kalu suami isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalu seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya paham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.Dia bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung, juga bukan dari tapak kaki untuk dipijak.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man
She was not created from his head to top him
Not from his feet to be stepped upon
She was made from his side to be close to him
From beneath his arm to be protected by him
Near his heart to be loved by him...

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu...
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa...
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..."

Friday, December 3, 2010

.: Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?? :.

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putrei yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

*sumber dari : Blog Nya Mas Rully (<--- nie blog dia, facebook dia pun ada juga)



*****sharing is caring*****



Wednesday, December 1, 2010

.: Hana Tajima :.


aku pun tertanya tanya sape Hana Tajima nie..apa lagi internet kan di hujung jari, terus aku search la pasal Hana Tajima nie..search punya search terjumpa la blog Hana Tajima nie..baca punya baca (blog dia dlm bahasa omputeh, jenuh juga la aku duk translate cite dia...) "Hana Tajima-Simpson of 'Style Covered' is an up-and-coming UK designer of Maysaa but that isn't what caught our eyes; as one of the few fashion bloggers sporting the hijab (head cover, scarf).Hana stands out in terms of personal style and creativity." "I should introduce myself, my name is Hana Tajima-Simpson. We could play guess the nationality but my name’s a bit of a give away! Tajima (the Japanese daddy), Simpson (the English Mum) and Hana the Japanese but also, Alhamdulilah, the Muslim part. I’m a designer who became Muslim about four years ago. My own line maysaa.com is up and running now!".dipetik dari blog Hana. terlalu comei aku tengok minah nie..pakai ala2 simple je..ngan tudung ala2 mcm tak siap, tapi muka still nampak cute mute..belum nampak lagi owang malaysia pakai tudung ala2 tak siap nie..

jom layan gambar2 Hana Tajima yang cute mute nie..












if u all want to know more story just click here
maysaa , stylecovered
** No Body Knows It But Me **
(suka ngan ayat nie.kepada tuan yang punya trademark nie saya minta pinjam ye)

Monday, November 22, 2010

.: Hargailah Seorang Isteri :.

post nie untuk dikongsi bersama-sama..entry nie aku copy kat blog kawan opis aku luvlybanie.
dah minta izin pun nanak copy. keh keh keh..kepada para2 suami, hargailah isteri anda..
..renung-renungkan dan selamat beramal..

Mulianya seorang isteri di sisi Allah…Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… jadi ‘kilang’ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain… Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Friday, November 12, 2010

.: Happy Birthday Norliza Ramli :.

happy besday to you
happy besday to you

happy besday to kak eija
happy besday to you..
*semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur*
*may ALLAh bless u..amin*
*semoga menjadi anak yang soleh, isteri yang mithali, ibu yang penyayang,
kawan yang baik dan juga pekerja yang rajin (dan penumpang yang tetap)*
***we love u***



-norliza ramli, besday women-


-kat tempat keje-


-family terchenta-


-hero & heroin tersayang-


-permata hati-


-hot mummy kuasa 3-

(sowi mengambil gambar mu tanpa keizinan mu..nak buat surprise.maafkan saya)

Wednesday, November 10, 2010

.: Majlis Perpisahan Kawan2-Housing Dep. :.

4 november 2010, housing dep. ada buat majlis perpisahan untuk puan siti shathirah dan juga en.rizuan yang dapat bertukar..masing2 punya la seronok dapat keluar dari housing dep.aku ngan kawan2 yang lain mcmana??terpaksa la duduk kat sini lagi, biar lah kami bangunkan perumahan bersama lembaga hitam..keh keh keh..apa2 pun usaha dah buat, tunggu la ada rezeki ada la..insyaallah..
jom layan gambar2 sekitar majlis..


-konon2 semua nanak buat style le, tiba2 makcik boleh buat do no je..aduii la-


-buat style pulak dah depa nie..aku???-


-yeaayyy ada gambar aku gak..shat, yaya n banie-


-shat, yaya n hanim-


-wah wah wah-


-aku yang tolong snap pic nie-


-puan shathirah yang bertukar ke unit kp-

gambar makan takkan nanak letak juga kot??time makan, makan la takkan nanak tangkap gambar juga kot..so yang sempat aku upload kat blog yang nie jelah..yang lain tengok kat pc jelah k kawan2..."selamat bekerja ya kawan2"

.: Yang Terindah : Part II :.

semenjak kau hadir dalam hidupku tiada lagi keresahan kau mengetuk pintu hatiku tanpa sedar hingga ku izinkan kau yang bernama cinta kau yang memberi rasa kau yang ilhamkan bahagia hingga aku terasa indah maaf jikaku tidak sempurna tika bahagia mula menjelma bila keyakinan datang merasa kasih disalut dengan kejujuran mencintai dirimu, merindui dirimu, memiliku dirimu hingga akhir hayat bersama kamu



















-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
jeng jeng jeng...last sekali nak letak pic yang memang menjadi pujaan hatiku..




x.o.x.o

Tuesday, November 9, 2010

.: YangTerindah :.

opsss yang terindah???entry nie aku buat coz teringat zaman-zaman muda..tengok ramai pulak kawan-kawan aku yang upload gambar kawen, so aku pun excited nanak upload juga..ngee..walaupun dah beranak, tapi kenangan tu tetap takkan ku lupakan..wah wah..romancenya..jom layan gambar akad nikah ngan wedding aku

akad nikah : 15 Mei 2008 persandingan : 16 Mei 2008 tempat : perlis

***

***

***

***

***

***

***

***















-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

entry bersambung untuk part II..dah nak balik keje, tak sempat nak upload lagi...
-_-

Thursday, October 21, 2010

.: i miss my hair :.

bila tengok gambar lama-lama terasa windu gile kat rambut dulu-dulu..kenapa le rambut saya nie lambat sangat nak panjang..uhuk..tolong tolong ada tahu petua untuk panjangkan rambut dengan cepat tak????kongsi la dengan saya ya :)





stop stop stop..cukuplah sampai disini saje.. next time saya update lagi blog yang tak berapa nak best nie.. :) x.o.x.o

ni gambar sekarang ya! :)

Tuesday, October 12, 2010

wink wink wink

dah lama tak update blog nie..dah naik berhabuk pun..sebelum naik berhabuk, sempat gak aku publish join contest sempena hari raya untuk si bam bam..ngeeee..nasib baik tak terover due date..sempat gak terjah...so aku join la 3 contest untuk awish..insyaallah kalu ada rezeki kalu tak sekadar suka suka je lah.. :)

disebabkan kebusyan aku, tak sempat nak update blog..dah la raya, lepas raya awish lak admit kat hospital..doctor cakap awish disyaki jangkitan HFMD (jangkitan kaki tangan dan mulut)..alhamdulilah lepas 3 hari admit, awish dah kembali sihat dan makin2 aktif lak..aduii la..penat duk berligat sekarang nie..nak masuk 1 tahun 2 bulan, awish baru boleh berjalan..tu pun jatuh2 juga.ngeeeeee..gigi dah tumbuh 4 batang..ahaks ahaks..sekarang nie hobi awish suka berjalan ngan suka senyum menampakkan 4 batang gigi dia..kelakar gile time dia buat cam tu..anak mama oh anak mama..
sekadar untuk cuci cuci mata :)..


-tengah makan aiskrim-

-seronok duk bawah timbunan bantal-

-suka meneroka, dekat longkang pun jadi-


-tengah layan makan-

Monday, October 11, 2010

@ Gaya Si Comel Berbaju Raya


jom join contest lagi..kali nie dari blogger BabyIbu....

Tema : @ Gaya Si Comel Berbaju Raya

Penganjur : BabyIbu & Azzamoro

Tarikh Tutup : 31 Oktober 2010, Sabtu

Gambar yang dipertaruhkan kali ni..

*wink*


*wink*


*wink*



nama : amsyar darwisy bin karul nizam
umur : 1 tahun 2 bulan

Senarai Penaja Contest

Cute Little Muslim & Muslimah Contest

Jom join contest lagi..kali nie dari blogger contest4anas....

Tema : Cute Little Muslim & Muslimah Contest

Penganjur :
AshA's FaMiLy & Contest for Anas

Tarikh Tutup : 20 Oktober 2010, Rabu


*jeng*

*jeng*

*jeng*

*jeng*


Nama : Amsyar Darwisy bin Karul Nizam

Umur : 1 tahun 2 bulan

Tarikh Lahir : 16 Ogos 2009

Kategori : 1A - Little Muslim (1 hari - 3 tahun)

Harapan : semoga anak mama menjadi insan yang baik dan berguna untuk diri sendiri,
mama n daddy dan juga masyarakat..taat pada perintah ALLAH..u mean everything 4 us..!!

Season 5 - Cute Baby in Baju Raya

Jom join contest dari blogger Suziey

Tema : Cute Baby in Baju Raya

Penganjur : Suziey.com & Malinasiam.com

Penaja Hadiah : Ayu aka Sidratul Muntaha & Anje aka Mama Balqis

Tarikh Tutup : 17 Oktober 2010, Ahad


*wink*


*wink*


*wink*


*wink*




nama : amsyar darwisy bin karul nizam
umur : 1 tahun 2 bulan


" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSOR BY MALINASIAM.COM "