.: mr & mrs nizam :.

.: mr & mrs nizam :.

anniversary

Daisypath Anniversary tickers

awish age

Lilypie Premature Baby tickers

irdina age

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, March 8, 2011

.: tips :.

disebabkan bosan tahap cipan kat depan komputer nie, so aku pun sempat la update blog..mata pun dah nak jadi bintang2 disebabkan kena copy n paste aduan untuk tahun 2010..perghhh..now baru buat untuk bulan mei, ada lagi 7 bulan nak kena update..adui la..penat penat..last minute baru nak bagi keje suwuh buat, pastu esok pagi (rabu) nak kena siap untuk audit ISO...

dah bosan aku pun search la tips untuk mendapatkan bayi perempuan dan bayi lelaki untuk dikongsi bersama kawan2 aku..ngeee...ha ha ha...jangan pikir apa2 ekkk..jom kita layannnn...

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.
2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so
sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.
3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;
Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)
5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukkan janin):
1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam
2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”
3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.


Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki
2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon
suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)
3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin
(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)
5. Berdoa.
Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):
1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yg berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf
2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama
“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”
3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki – perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.
Selamat mendapatkan baby pilihan anda! Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan…

Thursday, February 24, 2011

.: gambar jejalan :.

nak upload gambar jejalan yang tak sempat nak upload.
..jom layan..












********

.: cough cough n cough :.

dah lama tak update blog.asyik layan blog orang sampaikan blog sendiri tak sempat nak update.ditambah lak ngan kesihatan aku yang tidak memuaskan..batuk dah sampai 3, 4 week.tapi hairan bin ajaib.tak lega2 sampai sekarang.sampai naik penat aku dibuatnya...klinik dah, hospital dah, semua dah...last last aku nak tengok la apa nak jadi pas nie..hope boleh lega la...


Friday, February 11, 2011

yang nie je sempat aku edit...sekeping gambar je??bila la baru nanak abis upload n edit pic nie..ermmm...




.: Food Poisoning :.

hari nie dah masuk 3 hari aku kena food poisoning..punca???aku pun tak tahu dari mana..coz lunch memang kat opis, tu pun makan kat food court ict..makan claypot chicken rice..dinner lak aku masak je kat umah..siput sedut masak lomak, sayur campur ngan ikan goreng..ermmm..confuse gak..coz aku sowang je yang kena..awish ngan en.suami ok je..

aku kena cirit-birit ngan muntah ari rabu.konon2 dah sihat la ari khamis semangat nanak gie keje almaklum la ada PUSPANITA dekat dewan sri pinang..sampai je kat dewan, kaki aku dah lembik dah..dah memang tak larat nanak naik tangga untuk buat pendaftaran..aku pun minta tolong hanim untuk bawa gie hospital..bawa je terus gie emergency..apa lagi doc kasi masuk air sebotol daaa...berehat sebentar di wad kecemasan...!!!!kehkehekeh..makaseh banyak2 dekat hanim n yaya coz sanggup tolong kawan2..nie la yang dikatakan kawan2 masa susah masa senang...

*no body knows it but me*

Monday, January 24, 2011

.: Aku Dalam Dilema :.

aduiiii..pagi nie aku dapat surat pertukaran..
tapi aku dalam dilema..
memang sebelum nie aku nanak tukar..
sepatutnya mesti la aku happy kan dapat tukar...
tut tut pagi nie bila dapat surat pertukaran, aku terus down..
tak tahu kenapa..
adakah aku suka sangat?
atau adakah aku risau dengan kerja baru?
atau adakah aku sayang nanak tinggalkan kawan2 aku?
dilema oh dilema..apa yang harus aku buat..


**No Body Knows It But Me**

Wednesday, January 12, 2011

.: Busy Kemas Rumah :.

fuh fuh fuh..lama sungguh aku tak update blog nie..dah bersarang rupanya blog aku nie..ermmm..buat masa sekarang aku tak boleh nak update blog lagi..aku tengah kalut mengemas barang2 untuk pindah rumah..tapi bukannya rumah sebenar, tapi kuarters je..keh keh keh..sekarang nie pun aku duk umah kuarters tapi umah kembar 2, umah bawah n now nanak pindah umah kuarters pangsapuri *******..pangsapuri???flat la..lawak tui kan..daripada duk umah bawah, nanak duduk umah atas kayangan lak..ermmm...aku terpaksa berkorban demi keselamatan anak kecil ku dan juga keselamatan kami..banyak benda2 yang tak diingini masuk since aku duduk umah bawah nie..aku dah penat dengan semua tu.so aku noktahkan keputusan aku untuk berpindah ke umah atas kayangan..tapi tak tinggi sangat pun..tingkat 3 je.ngeee...

kepada jiranku..janganlah kau bersedih..(ayat skema gile beb!!)..ala banie nie, jangan arr wat teruk..kita still lagi jiran, even bukan jiran dekat umah tapi jiran kat tempat keje kan..?????terima kasih atas segala-galanya..terima kasih coz menjadi jiran terbaik kami, terima kasih coz sudi masak sedap2 then bagi kat jiran nie yang malas nanak masak, terima kasih juga coz sudi buka gate bila ada orang nanak potong rumput kat umah, terima kasih juga coz sudi bawa kami pi GH time kami sakit malam tu..terima kasih la untuk segala-galanya..sedih -_-

semoga apa yang di noktahkan ini menjadi jalan yang terbaik untuk aku dan juga keluarga ku.semoga umah baru ini memberi seribu satu makna dan sinar kebahagian kepada kami sekeluarga..doakan kami sekeluarga ya!